Rakyat Malaysia ditembak di Betong kini stabil

Laporan Sinar Harian pada Isnin.
Laporan Sinar Harian pada Isnin.
A
A
A

GERIK - Lelaki rakyat Malaysia yang parah ditembak dari jarak dekat oleh individu yang tidak dikenali di Jalan Chantharothai, Bandar Betong, Wilayah Yala, Selatan Thailand, Sabtu lalu, kini berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Deputi Superintendan Zulkepli Ibrahim berkata, mangsa berusia 55 tahun itu masih menerima rawatan selepas menjalani pembedahan membuang peluru pada badannya.

"Difahamkan keadaan mangsa dilaporkan stabil dan masih mendapatkan rawatan di Hospital Betong," katanya ringkas ketika dihubungi pada Selasa.

Media melaporkan, mangsa yang sedang menunggang motosikal ditembak tiga das oleh seorang penyerang yang tidak dikenali ketika berada di Betong, kira-kira 9 kilometer dari sempadan negara, Pengkalan Hulu.

Suspek yang juga menunggang motosikal dipercayai warga Thailand berjaya melarikan diri dalam kejadian itu.

Motif serangan sekitar jam 9 malam, waktu Thailand itu belum diketahui sama ada berpunca daripada perbalahan peribadi atau perniagaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!