Pegawai universiti direman kes tuntutan palsu RM330,000

Wanita berusia 40 tahun itu dibawa ke mahkamah dengan memakai baju lokap berwarna oren ditahan sehingga Jumaat ini.
Wanita berusia 40 tahun itu dibawa ke mahkamah dengan memakai baju lokap berwarna oren ditahan sehingga Jumaat ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pegawai di sebuah universiti tempatan direman empat hari oleh Mahkamah Majistret di sini bermula Selasa, bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu bagi projek pendidikan berjumlah RM330,000, antara 2018 hingga tahun lalu.

Majistret Mohamed Redza Azhar Rezali mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Wanita berusia 40 tahun itu dibawa ke mahkamah dengan memakai baju lokap berwarna oren ditahan sehingga Jumaat ini.

Menurut sumber, suspek ditahan pada jam 4 petang Isnin, ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor.

Katanya, suspek dipercayai membuat tuntutan palsu bagi projek itu sedangkan kakitangan di bawah suspek, tidak terlibat dengan aktiviti dan tuntutan berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek tersebut dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan SPRM menahan sorang pegawai universiti kemuka tuntutan palsu RM300,000.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!