Ingat sami rupanya tukang cuci
BERITA SEMASA 14 FEBRUARI 2023
Seorang tukang cuci restoran dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Seremban atas pertuduhan memperdaya seorang lelaki warga emas dengan menyamar sebagai sami tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Majistret, Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam menjatuhkan hukuman itu terhadap A N Hemavathy, 29 tahun selepas mengaku bersalah atas kertas pertuduhan dibacakan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh memperdaya seorang lelaki berusia 74 tahun dengan mendorongnya mempercayai dan membuat pembayaran RM8,750 ke dalam akaun tertuduh dengan mengaku diri sebagai sami 'Tuhan Kalima' yang mana ia adalah tidak benar.
Berikutan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun, atau denda atau kedua-duanya.
Artikel: https://bit.ly/3E6bRqc
Muzik: www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian