Dua remaja disoal siasat selepas wartawan ditembak mati
BELFAST - IRELAND UTARA. Dua remaja lelaki ditahan selepas insiden seorang wartawan ditembak mati di Ireland Utara, menurut pihak berkuasa, hari ini.
Suspek berusia 18 dan 19 tahun itu ditahan di Londonderry di bawah undang-undang antikeganasan dan telah dibawa ke Belfast untuk disoal siasat.
Wartawan, Lyra McKee ditembak pada kepala lewat Khamis oleh penyerang dipercayai ada kaitan dengan gerakan separa tentera (IRA) yang bertempur dengan polis di Creggan.
Sebelum dibunuh, McKee, 29, telah memuat naik imej rusuhan di Derry yang menunjukkan keadaan huru-hara di bandar tersebut.
Terdahulu, pihak berkuasa telah berkongsi gambar insiden ganas tersebut sebagai usaha untuk meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan pembunuh mangsa. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!