Tanah runtuh, dua warga Myanmar terselamat

Operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah runtuhan dilakukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tapah. Foto:JBPM Perak
Operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah runtuhan dilakukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tapah. Foto:JBPM Perak
A
A
A

TAPAH - Dua lelaki warga Myanmar terselamat dalam kejadian runtuhan tanah di tapak rumah pekerja di Jalan Temoh Batu 3 di sini pada Selasa.

Kejadian sekitar jam 6.45 petang itu dipercayai berlaku akibat hujan lebat berterusan yang melanda kawasan berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, runtuhan tanah itu telah mengakibatkan sebatang pokok tumbang dan menghempap rumah dihuni mangsa.

"Dua mangsa berkenaan tersepit di bawah runtuhan itu. Anggota terpaksa mengalihkan serpihan rumah sebelum berjaya membawa keluar mangsa.

Bomba berjaya mengeluarkan mangsa dari kawasan runtuhan. Foto JBPM Perak
Bomba berjaya mengeluarkan mangsa dari kawasan runtuhan. Foto JBPM Perak



"Kedua-duanya selamat dan hanya mengalami kecederaan di bahagian kaki," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!