18 mangsa berpindah ke PPS di Bera

PPS Dewan Orang Ramai Kemayan, Bera dibuka pada Rabu susulan banjir kilat di daerah tersebut. - Foto APM
PPS Dewan Orang Ramai Kemayan, Bera dibuka pada Rabu susulan banjir kilat di daerah tersebut. - Foto APM
A
A
A

BERA - Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Orang Ramai Kemayan di Bera dibuka pada awal pagi Rabu selepas Kampung Limau Kemayan dan Taman Maju Jaya di sini dilanda banjir kilat.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bera memberitahu, PPS tersebut menempatkan seramai 18 mangsa daripada lapan buah keluarga.

Pegawai APM Bera, Kapten (PA) Nurul Ashikin Mohd Anuar berkata, pihaknya menerima laporan berlakunya kejadian banjir kilat pada jam 1.55 pagi di kedua-dua lokasi terbabit.

"Jumlah mangsa yang berpindah ke PPS tersebut melibatkan lapan lelaki dewasa, lima wanita dan selebihnya adalah kanak-kanak lelaki.

Banjir kilat yang melanda di beberapa lokasi di Bera. - Foto APM
Banjir kilat yang melanda di beberapa lokasi di Bera. - Foto APM



"Pihak kami akan terus melakukan pemantauan di kawasan yang terlibat," kata beliau.

Dalam pada itu, difahamkan, ada sebahagian penduduk turut berpindah ke tempat selamat termasuk di rumah saudara-mara mereka.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!