Maqis tahan 16 tan makanan haiwan dari Singapura

Makanan haiwan yang ditahan Maqis di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri pada Selasa.
Makanan haiwan yang ditahan Maqis di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri pada Selasa.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menahan 16 tan makanan haiwan yang dibawa masuk tanpa menggunakan permit import yang sah.

Maqis menerusi kenyataan memaklumkan, makanan haiwan dibawa dari Singapura itu ditahan di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) pada jam 3.30 petang pada Selasa.

"Hasil pemeriksaan dijalankan pegawai penguasa Maqis menemukan muatan 640 guni makanan haiwan dengan bungkusan 25 kilogram (kg) setiap guni yang disusun atas 16 palet.

"Makanan haiwan dianggarkan bernilai RM326,390 ditahan untuk tindakan lanjut," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!