Nagelsmann terkejut PSG tidak melawan

Pemain Bayern cuba menyekat gerakan pemain PSG, Lionel Messi. - Foto AFP
Pemain Bayern cuba menyekat gerakan pemain PSG, Lionel Messi. - Foto AFP
A
A
A

PENGENDALI Bayern Munich, Julian Nagelsmann terkejut apabila mereka lebih dominan ketika menang ke atas Paris Saint-Germain (PSG) 1-0 dalam perlawanan pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara pada Rabu.

Bayern yang bertandang ke Parc des Princes menguasai 57.5 peratus penguasaan bola pada separuh masa pertama selain mencipta 10 percubaan berbanding satu yang dilakukan oleh PSG.

Tonggak utama PSG, Kylian Mbappe yang sebelum ini dibelenggu kecederaan hanya masuk pada separuh masa kedua selepas jaringan Kingsley Coman pada minit ke-53.

Walaupun Mbappe tidak berada dalam kesebelasan utama, Nagelsmann menjangkakan perlawanan sukar daripada pasukan tuan rumah.

"Kami bermain permainan yang sangat bagus dalam 25 minit pertama, mempunyai kawalan yang sangat baik.

"Saya mempunyai perasaan terkejut bahawa kami menguasai begitu banyak bola dan PSG hanya sesekali cuba mengatur gerakan.

"Saya tahu mereka sentiasa bertahan, tetapi hakikat bahawa mereka begitu pasif dan tidak menunjukkan keinginan memenangi bola sangat mengejutkan saya," katanya.

Dalam pada itu, Coman telah menjaringkan lima gol dalam peringkat kalah mati Liga Juara-Juara dengan dua daripadanya ketika berhadapan kelab lamanya, PSG.

"Saya dilahirkan di Paris. Itu sebabnya saya tidak meraikan jaringan saya. Tetapi, kami gembira dapat menang di sini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!