Spurs mampu bangkit - Conte
ANTONIO Conte percaya Tottenham Hotspur mampu untuk bangkit dalam perlawanan kedua pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara selepas tewas 0-1 kepada AC Milan pada Rabu.
Pemain tengah Milan, Brahim Diaz meledak gol tunggal perlawanan seawal minit ketujuh di San Siro untuk memberikan kelebihan kepada pasukan Itali itu menjelang perlawanan timbal balik di Stadium Tottenham Hotspur bulan depan.
"Anda perlu bermain dua perlawanan. Ia adalah suasana yang hebat. Saya mengenali San Siro dan saya tahu kesukaran untuk bermain dalam suasana ini.
"Pastinya dalam perlawanan kedua perlu bermain di stadium kami dan pastinya semua penyokong akan mewujudkan suasana yang sesuai untuk mendorong mengatasi halangan Milan," katanya.
"Saya fikir ia lebih baik hari ini – intensiti tinggi, dan saya fikir kami bermain menentang pasukan yang bagus. Jangan lupa Milan musim lalu memenangi liga di Itali.
"Saya fikir kami boleh lakukan lebih baik untuk elakkan gol pertama itu. Kami melepaskan satu gol selepas mungkin hanya lima minit," katanya.
Spurs yang dilanda masalah kecederaan selepas kekalahan 1-4 kepada Leicester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) Sabtu lalu bagaimanapun cuba bangkit memberikan saingan kepada Milan.
"Kemudian kami cuba mendahului permainan, kami cuba mencipta situasi untuk menjaringkan gol, tetapi saya fikir Milan bertahan dengan sangat baik.
"Kami mempunyai peluang untuk menjaringkan gol, tetapi pada akhirnya kami bercakap tentang kekalahan," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!