Syafiq Kyle kahwin Mimi Lana selepas raya

Syafiq Kyle memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga dengan cinta hatinya yang juga pelakon Mimi Lana selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini. - Foto Awani
Syafiq Kyle memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga dengan cinta hatinya yang juga pelakon Mimi Lana selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini. - Foto Awani
A
A
A

AKTOR Syafiq Kyle memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga dengan cinta hatinya yang juga pelakon Mimi Lana selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Kata Syafiq kepada Astro Gempak, segala persiapannnya kini sudah pun selesai dan pasangan itu sudah bersedia melangkah ke alam perkahwinan.

"Insya-ALLAH kita ‘lepaskan’ puasa dan hari raya dahulu. Persiapan setakat ini saya boleh kata semua sudah siap dan berjalan lancar.

"Alhamdulillah saya kini cuma menanti hari bahagia saja. Bukan nak cakap persiapan sudah 100 peratus siap, tapi semuanya dalam keadaan terkawal. Doakan saya,” katanya.

Syafiq ditemui Gempak di lokasi penggambaran Mendarat Di Syurga pada Ahad.

Menjelang hari bahagia, pelakon One Cent Thief itu berkata, sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga di alam perkahwinan.

“Saya dengan pasangan (Mimi) sudah lama kenal. Jadi untuk ke fasa seterusnya (berkahwin), saya rasa lebih tersusun dan yakin mampu menguruskan masa dengan baik.

“Pengalaman juga banyak membantu kami. Jadi tiada masalah rasanya untuk pikul tanggungjawab ini.

"Lagipun selepas berkahwin nanti, aktiviti seni juga masih berjalan seperti biasa. Malah pihak produksi sendiri faham dengan jadual kerja kami,” kongsinya.

Terdahulu, pada 21 Januari lalu, Syafiq bersama keluarganya merisik Mimi dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di kediaman dramatis itu. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!