Gempa bumi kuat gegar utara New Zealand

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

WELLINGTON - Gempa bumi bermagnitud 6.0 menggegarkan Pulau Utara New Zealand pada Rabu, menurut penyedia perkhidmatan penyelidikan geosains New Zealand, lapor Xinhua.

Gempa pada 7.38 malam waktu tempatan (0638 GMT) itu melanda 50 kilometer (km) barat laut Paraparaumu, sebuah bandar di barat daya pulau utara New Zealand, 55 km di utara Wellington, pada kedalaman 57.4 km.

Tiada laporan kemalangan jiwa setakat ini. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!