Radio mampu jadi medium sebar anti rasuah

Warga Politeknik Post Dickson menyokong Rasuah Busters.
Warga Politeknik Post Dickson menyokong Rasuah Busters.
A
A
A

PORT DICKSON - Radio mampu menjadi salah satu medium menyebarkan mesej anti rasuah kepada masyarakat.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (# RasuahBusters), Nurhayati Nordin berkata, alat penyampaian maklumat itu sepatutnya digunakan semaksimum mungkin seperti mana peranannya suatu masa dahulu yang menjadi alat komunikasi utama kepada rakyat.

Nurhayati menyampaikan mesej anti rasuah sempena Sambutan Hari Radio Sedunia 2023 di Politeknik Port Dickson, pada Rabu.
Nurhayati menyampaikan mesej anti rasuah sempena Sambutan Hari Radio Sedunia 2023 di Politeknik Port Dickson, pada Rabu.

"Jadi hari ini saya rasa kita perlu perhatikan semula fungsi radio ini yang boleh jadi medium penyampaian maklumat yang tepat dan berkesan sekali gus mampu memberi perubahan kepada negara.

"Walaupun hari ini kita berdepan dengan media sosial, tapi fungsi radio untuk sampaikan maklumat itu masih diperlukan," katanya kepada Sinar Harian selepas hadir pada Sambutan Hari Radio Sedunia 2023 di Politeknik Port Dickson, pada Rabu.

Oleh sebab itu katanya, penting untuk semua stesen radio menambah nilai isi kandungan sedia ada dengan diselitkan kempen kesedaran, soal integriti governans dan anti korupsi.

Pelajar Politeknik Port Dickson mendengar cermah disampaikan sempena Sambutan Hari Radio Sedunia 2023 di Politeknik Port Dickson, pada Rabu.
Pelajar Politeknik Port Dickson mendengar cermah disampaikan sempena Sambutan Hari Radio Sedunia 2023 di Politeknik Port Dickson, pada Rabu.

Ujarnya, mesej-mesej itu boleh disampaikan secara santai supaya ia lebih mudah diingati dan dekat dengan masyarakat.

"Saya tak kata stesen radio yang ada ini tidak mainkan peranan, tapi mengharapkan lebih dari itu kerana penyampaian mesej di radio masih releven pada kumpulan tertentu.

"Apabila kita gunakan segala sumber komunikasi yang ada untuk sampaikan maklumat, kita boleh membina sistem sokongan yang kuat yang mana peranan ini bukan saja perlu dimainkan oleh stesen radio kerajaan semata-mata, tetapi semua," katanya.

Sementara itu sempena Sambutan Hari Radio Sedunia yang diadakan, Nurhayati menyampaikan ceramah berkenaan anti rasuah selain turut diadakan slot permainan Build My-Town kelolaan C4 yang disertai para pelajar.

Sementara itu, Pengarah Politeknik Port Dickson, Dr Ishak Mohamad berkata, pentingnya para pelajar diberi pengetahuan soal definisi rasuah sejak awal supaya mereka lebih memahami.

Ishak
Ishak

Katanya, di institusi pendidikan juga boleh berlakunya rasuah yang melibatkan para pelajar dan pensyarah sama ada secara langsung atau tidak langsung.

"Bibit-bibit rasuah itu boleh berlaku apabila adanya ruang. Misalnya jika nak markah lebih, pelajar diminta jumpa pensyarah.

"Jadi definisi rasuah itu perlu jelas kepada pelajar supaya apabila mereka masuk alam pekerjaan nanti, mereka tak terjebak," katanya.

Malah beliau turut menasihatkan semua pihak khususnya warga Politeknik Port Dickson supaya segera tarik diri sekiranya ada yang terlibat dengan perbuatan rasuah sebelum ditangkap.

Nurhayati (dua dari kanan) menyampaikan cenderahati kepada Ishak.
Nurhayati (dua dari kanan) menyampaikan cenderahati kepada Ishak.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!