'King' tersepit, Menora ke Ipoh sesak 8km

Kenderaan Myvi tersebut tersepit antara pembahagi jalan dengan treler.
Kenderaan Myvi tersebut tersepit antara pembahagi jalan dengan treler.
A
A
A

IPOH - Laluan Terowong Menora dari Kuala Kangsar ke Ipoh di Kilometer 266.5 Lebuhraya Utara Selatan sesak hampir 8 kilometer akibat nahas tiga kenderaan pada Rabu.

Kejadian sekitar jam 5.11 petang itu melibatkan sebuah lori dan treler dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

Perkongsian di media sosial memaklumkan, kenderaan Myvi tersebut tersepit antara pembahagi jalan dengan treler.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya, Sharudi Muhammad Halil berkata, kejadian bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa.

"Kemalangan tersebut mengakibatkan pemandu lori tersepit dan cedera manakala mangsa lain terselamat.

"Mangsa yang tersepit berjaya dibawa keluar sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Sementara itu, Twitter @Plustrafik dalam ciapannya pada jam 6.22 petang memberitahu, lorong kiri laluan masih ditutup bagi kerja-kerja menyelamat oleh pasukan bomba.

Aliran trafik juga sesak sepanjang 7.5 kilometer. Orang ramai diminta menggunakan laluan alternatif bagi mengelak kesesakan lebih teruk.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!