Debaran pemilihan PKBM: Peluang KJ 50-50

Gambar dari kiri: Khairy Jamaluddin, Abu Samah, Amarjit
Gambar dari kiri: Khairy Jamaluddin, Abu Samah, Amarjit
A
A
A

BERBAKI dua hari sahaja lagi menjelang Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) pada Sabtu ini yang bakal menentukan barisan kepimpinan baharu bagi penggal 2023 hingga 2026.

Namun, pemilihan kali ini sebenarnya menjurus kepada petunjuk siapakah bakal menggantikan Datuk Abu Samah Abd Wahab yang telah disahkan menang tanpa bertanding selaku presiden bagi penggal kesembilan berturut-turut.

Ia rentetan faktor usia kerana Abu Samah akan berusia 85 tahun menjelang 2026 dan perlu mengosongkan jawatannya untuk memberi laluan kepada muka baharu bagi meneruskan kesinambungan perjuangan PKBM.

Tumpuan sudah pasti terarah kepada pertembungan dua penjuru antara Yunus Ibrahim dan Mazlan Md Jail dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PKBM, susulan penarikan diri Datuk Amarjit Singh, Naib Presiden yang dianggap paling layak menggantikan Abu Samah.

Sumber dalaman PKBM berkata, pemenang jawatan Timbalan Presiden PKBM hampir pasti akan menggantikan Abu Samah sekiranya beliau tidak mahu lagi mengekalkan posisinya selepas berakhirnya penggal baharu nanti.

Sumber itu turut membayangkan kesukaran akibat tindakan Yunus mengaitkan namanya dengan Presiden Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan (PLBNS), Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau lebih dikenali dengan panggilan KJ yang bakal bertarung untuk perebutan jawatan Naib Presiden PKBM.

Mazlan juga dikatakan mendapat sokongan padu daripada delegasi pengundi (voting delegate) negeri yang pernah menjadi komisar sekalipun tampil pada perebutan kali pertama bagi jawatan Timbalan Presiden PKBM.

Fokus turut terarah kepada perebutan naib presiden yang menyaksikan pertembungan 10 penjuru dengan tiga nama dikatakan berada dalam kedudukan selesa iaitu Amarjit, Mohd Shaiful Abd Jalil dan Dr Zaim Ahmad.

Kuota dua kerusi Naib Presiden PKBM lagi dikatakan menjadi perebutan antara Mohd Asri Abd Mubin, Muhammad Firdaus Daud, Norazman Abd Wahab dan Khairy Jamaluddin.

Sumber dalaman PKBM bagaimanapun percaya Muhammad Firdaus yang kini memegang portfolio Naib Presiden 1 PKBM selepas mendapat undi terbanyak pada pemilihan penggal 2018-2023, mungkin ‘terselamat’, sekali gus berjaya mengekalkan jawatannya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!