237 kes baharu Covid-19, satu kematian direkod

Jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 dalam negara kini meningkat kepada 5,032,904 kes.
Jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 dalam negara kini meningkat kepada 5,032,904 kes.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 237 kes baharu Covid-19 pada Ahad dengan satu daripadanya merupakan kes import.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes pandemik itu kini meningkat kepada 5,001,437.

Menurut portal KKMNOW, satu kematian akibat Covid-19 turut dilaporkan dan satu kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu di Malaysia bertambah kepada 36,954.

Terdapat lapan kes ditempatkan di wad unit rawatan rapi (ICU) dengan empat daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!