Benfica hampiri suku akhir

Mario (tengah) meledak satu gol ketika membantu Benfica mengalahkan Club Brugge dalam aksi pusingan 16 Liga Juara-Juara pada Khamis. - Foto EPA
Mario (tengah) meledak satu gol ketika membantu Benfica mengalahkan Club Brugge dalam aksi pusingan 16 Liga Juara-Juara pada Khamis. - Foto EPA
A
A
A

KELAB Portugal, Benfica sebelah kaki ke suku akhir Liga Juara-Juara musim ini selepas menewaskan Club Brugge 2-0 di Belgium pada aksi pertama pusingan 16, awal pagi Khamis.

Terikat tanpa jaringan pada babak pertama, Joao Mario dan pemain gantian, David Neres meledak dua gol pada aksi yang berlangsung di Jan Breydelstadion itu.

Berbekal dua jaringan pendahulu liga Portugal itu dijangka tidak berdepan masalah apabila mereka bakal bertemu untuk aksi kedua di Lisbon pada 7 Mac.

Pada edisi lalu perjuangan skuad bimbingan Roger Schmidt itu tersekat dalam kelompok lapan pasukan terbaik setelah tewas kepada Liverpool.

"Bermain perlawanan pertama di tempat lawan dalam perlawanan Liga Juara-Juara dan menang ia sentiasa menjadi langkah pertama yang baik.

"Kami sudah separuh jalan," ujar Schmidt.

Benfica hanya tewas sekali dalam saingan liga domestik pada kempen kali ini dan mengungguli kumpulan Liga Juara-Juara mengatasi Paris Saint-Germain dan Juventus.

Mereka nampaknya seperti tidak terjejas biarpun kehilangan pemain bintang yang juga juara Piala Dunia dari Argentina, Enzo Fernandez selepas dijual kepada Chelsea dengan harga €121 juta euro (RM569.14) bulan lalu.

Benfica dalam kelas tersendiri buat Club Brugge yang hanya menang sekali dalam lapan perlawanan sejak bekas pemain tengah England, Scott Parker dilantik sebagai jurulatih akhir Disember lalu.

"Kekalahan itu bukan sesuatu yang menggembirakan, tetapi saya melihat banyak perkara positif dalam permainan ini.

"Saya bangga dengan pasukan ini. Selepas lima minggu melatih mereka, akhirnya saya dapat melihat apa yang dicari.

"Namun kesilapan kecil membuatkan kami tewas," ujar Parker.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!