Ledakan Adeyemi benam Chelsea di Dortmund

Adeyemi (kiri) meledak gol tunggal untuk membantu Dortmund menewaskan Chelsea pada awal pagi Khamis. - Foto EPA
Adeyemi (kiri) meledak gol tunggal untuk membantu Dortmund menewaskan Chelsea pada awal pagi Khamis. - Foto EPA
A
A
A

JARINGAN tunggal Karim Adeyemi sudah cukup buat Borussia Dortmund mengatasi Chelsea 1-0 dalam aksi kalah mati Liga Juara-Juara pada, awal pagi Khamis.

Gol Adeyemi hadir selepas pelawat mendominasi pada awal babak kedua apabila penyerang Jerman itu 'mencuri' bola yang dikeluarkan hasil sepakan penjuru Chelsea.

Dia kemudian berlari hampir sepanjang padang sambil melepasi Enzo Fernandez dan penjaga gol Kepa Arrizabalaga bagi memberikan Dortmund kelebihan dalam aksi pertama itu.

Kapten Dortmund, Jude Bellingham kagum dengan aksi cemerlang Adeyemi.

"Apabila Adeyemi mendapat ruang, tidak ramai pemain boleh menyekatnya.

"Dia melalui tempoh yang sukar untuk ke sini pada permulaan - menemui sentuhan semula - tetapi kini dia bagus," ujar Bellingham.

Selepas perlawanan, Adeyemi memuji keinginan skuad itu bertarung seterusnya mendapat kelebihan menjelang pertemuan semula di London.

"Semua orang bertarung untuk orang lain - kemenangan ini amat penting untuk aksi kedua," katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Chelsea, Graham Potter memuji aksi para pemain, namun tidak puas hati kerana gagal menyumbat gol

"Kami begitu hampir untuk menghasilkan gol, namun tidak berhasil. Ia mengecewakan, kami perlu lebih baik," katanya.

Kemenangan bermakna Dortmund hanya memerlukan keputusan seri di London untuk mara ke suku akhir buat kali kedua dalam tempoh empat tahun.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!