Arteta optimis Arsenal julang trofi

Arteta mengakui aksi buruk Arsenal membuatkan mereka dihukum City. - Foto EPA
Arteta mengakui aksi buruk Arsenal membuatkan mereka dihukum City. - Foto EPA
A
A
A

KETUMPULAN jentera serangan mengundang padah apabila Arsenal terpaksa melepaskan takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada Manchester City setelah tewas 1-3 awal pagi Khamis.

Lebih memeritkan kekalahan itu dialami di laman sendiri di Stadium Emirates.

Pengurusnya, Mikel Arteta mengakui aksi buruk The Gunners membuatkan mereka dihukum City di hadapan penyokong sendiri.

"Ia adalah pertembungan yang luar biasa antara dua pasukan. Kami menguasai permainan tetapi kami melepaskan gol kepada mereka," ujar

Pemain sensasi, Kevin De Bruyne membuka tirai jaringan buat The Citizens sebelum gol separuh masa kedua Jack Grealish.

Erling Haaland menambah derita Arsenal sekali gus membuatkan gol penalti Bukayo Saka tidak lagi bermakna buat The Gunners.

Pengurus Arsenal Arteta mengakui The Gunners dihukum kerana persembahan buruk mereka di utara London.

Arteta kalah lapan daripada sembilan pertarungan dengan skuad Pep Guardiola dalam semua pertandingan.

Beliau berkata, kekalahan disebabkan kesilapan sendiri akibat terlalu leka dan akhirnya dihukum oleh pasukan lawan.

"Kami mempunyai tiga peluang tetapi tidak menyempurnakannya dan itulah perbezaannya.

"Bagi mengalahkan mereka, kami perlu mengatasi tahap kami kerana mereka adalah pasukan yang bagus.

"Suasana dan persembahan sangat bagus, tapi kami memberikan mereka tiga gol," ujar Arteta.

Di sebalik kekalahan itu, Arteta optimis dengan prestasi para pemain dan percaya Arsenal mampu merangkul gelaran juara liga yang pertama mereka sejak kempen 'Invincibles' 2003/04.

"Saya lebih yakin berbanding sebelum perlawanan dengan prestasi dan tahap yang ditunjukkan ketika menentang City.

"Mereka mahu bermain permainan yang berbeza dan dengan sokongan penonton, kami boleh melakukannya," ujar Arteta.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!