Pejalan kaki maut digilis treler

No Image Caption
A
A
A

SUNGAI BULOH - Seorang lelaki maut digilis sebuah treler dalam kejadian di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, ketika kejadian, kenderaan dipandu lelaki berumur 38 tahun itu diletakkan berhampiran lokasi kejadian.

"Pemandu treler kemudian menghidupkan enjin untuk bergerak mengambil muatan di Pelabuhan Barat, Klang kira-kira jam 12.40 tengah malam.

"Semasa mula bergerak, pemandu dimaklumkan seorang individu bahawa treler yang dipandunya telah melanggar seorang lelaki," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Katanya, pemeriksaan mendapati mangsa dalam keadaan terbaring di bahagian tayar belakang sebelah kanan.

"Mangsa yang merupakan seorang lelaki berumur 23 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat," katanya.

Menurutnya, siasatan berkaitan kejadian masih dijalankan dan kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!