Farm Fresh sasar buka 100 cawangan baharu Jom Cha

Ketua Pegawai Eksekutif Farm Fresh JomCha Sdn Bhd, Eddie Lim (kiri) bersama Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Farm Fresh Berhad, Loi Tuan Ee (tengah) dan Azmi (kanan) di Majlis Pelancaran Jom Cha yang berlangsung di cawangan Jom Cha IOI CIty Mall, Putrajaya pada Rabu.
Ketua Pegawai Eksekutif Farm Fresh JomCha Sdn Bhd, Eddie Lim (kiri) bersama Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Farm Fresh Berhad, Loi Tuan Ee (tengah) dan Azmi (kanan) di Majlis Pelancaran Jom Cha yang berlangsung di cawangan Jom Cha IOI CIty Mall, Putrajaya pada Rabu.
A
A
A

FARM Fresh Berhad (Farm Fresh) menyasarkan untuk membuka 100 cawangan baharu menjelang akhir tahun ini dan berkembang maju dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Farm Fresh dalam satu kenyataan berkata, setakat ini Jom Cha mempunyai 22 cawangan di seluruh negara dan boleh didapati di kebanyakan pasar raya besar seperti IOI City Mall Putrajaya dan Genting Highlands Premium Outlets, Pahang.

“Dua cawangan baharu akan dibuka dalam masa terdekat iaitu di MyTown Cheras dan Ikano Power Centre, Kuala Lumpur. Jom Cha telah membuka cawangan pertamanya pada Ogos 2022 di 1 Utama, Petaling Jaya,” jelas kenyataan itu.

Pada Rabu, Farm Fresh melancarkan usaha baharu dalam sektor makanan dan minumannya dengan melancarkan Jom Cha by Farm Fresh secara rasmi di cawangan Jom Cha di IOI City Mall, Putrajaya.

Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh Berhad, Azmi Zainal berkata, kelahiran Jom Cha bermula kerana mereka ingin mewujudkan pendapatan tambahan untuk Home Dealer dan menjadikan Farm Fresh sebagai sebuah syarikat.

“Kami percaya dengan kualiti tenusu kami dan banyak jenama minuman di luar sana telah menggunakan susu keluaran Farm Fresh. Peluang ini ingin kami gunakan untuk terus berkembang dengan mencampurkan susu segar kami dengan boba.

“Jom Cha kini memfokuskan untuk membuka lebih banyak cawangan pada masa akan datang dan kami sangat teruja untuk merealisasikannya,” kata Azmi.

Beliau berkata, Jom Cha menawarkan 19 jenis minuman di bawah enam kategori berbeza yang kebanyakannya diperbuat dengan susu dan yogurt Farm Fresh.

“Jom Cha juga memperkenalkan menu baharu iaitu Natural Yogurt Mixberries Soft Serve yang diperbuat dari yogurt Farm Fresh yang kaya dengan probiotik, baru-baru ini,” katanya.

Jom Cha menawarkan rangkaian perisa tersendiri bermula dengan hanya RM5.80.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!