MR D.I.Y. tawar diskaun 30 peratus
MR D.I.Y Berhad (MR D.I.Y) menerusi kempennya, ‘Hardware Mega Sale’ MR D.I.Y. menawarkan diskaun 30 peratus untuk pelbagai produk perkakasan melibatkan lebih 1,080 cawangannya di seluruh negara.
Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, selain produk perkakasan jenama sendiri, pelbagai jenama lain turut terlibat dalam menjayakan kempen itu yang berlangsung selama sebulan dan akan berakhir pada 28 Februari depan.
Menurutnya, produk perkakasan terlibat ialah tukul putar, gerudi hentaman, pengisar sudut, penggilap kereta, pemutar skru tanpa wayar, gerudi elektrik, set gerudi kuasa, rumput tiruan, tombol pintu dan set kunci melibatkan jenama Rofixman, Fighter, Tieshen, Worth, Ingco, Hotak.
“Kempen ini merupakan satu cara kami memberi ganjaran kepada pelanggan setia projek buat sendiri atau do it yourself (DIY) yang datang kepada berulang kali untuk menambah bekalan mereka. Kami juga menyediakan platform kepada mereka yang berjinak-jinak dalam DIY untuk menyimpan alatan, peralatan, dan bekalan yang mereka perlukan untuk membuatnya sendiri di rumah.
“Kami mempunyai pelbagai jenis alatan DIY daripada jenama terkemuka, serta rangkaian produk berjenama MR D.I.Y. kami sendiri, semuanya pada harga yang sangat berpatutan. Melalui usaha ini, kami mahu menjadikan DIY sebagai cara hidup bagi semua rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Gon berkata, produk perkakasan yang ditawarkan istimewa termasuk set gerudi pemutar skru tanpa kord Profixman (3.6V) pada harga RM55 setiap satu dan paip sinki dinding Flexi MR D.I.Y. pada harga RM31 setiap satu.
“Kenaikan kos sara hidup dan barangan, serta kenaikan kadar pekerja mendorong ramai rakyat Malaysia beralih kepada DIY untuk memastikan kediaman mereka kemas dan keadaan baik.
“Perintah kawalan pergerakan semasa pandemik juga memberi inspirasi kepada orang ramai untuk memulakan projek pembaikan rumah mereka sendiri dengan berpandukan pada video YouTube dan peminat DIY lain untuk mengajar mereka petua, tips, dan teknik yang diperlukan,” katanya.
Beliau berkata, ia telah mewujudkan minat yang semakin bertambah untuk menyimpan alat dan bekalan perkakasan dan memastikan ia sentiasa ada di rumah untuk membuat projek DIY yang seterusnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!