Mahkamah tangguh keputusan kes bunuh libat 5 rakan

Kelima-lima tertuduh dibawa ke Mahkamah Tinggi Ipoh pada Khamis.
Kelima-lima tertuduh dibawa ke Mahkamah Tinggi Ipoh pada Khamis.
A
A
A

IPOH - Mahkamah Tinggi Ipoh pada Khamis menangguhkan keputusan di akhir kes pembelaan terhadap lima rakan termasuk dua beradik yang didakwa membunuh seorang lelaki, lima tahun lalu.

Pesuruhjaya Hakim, Su Tiang Joo menetapkan tarikh baharu, 22 Mac depan selepas membenarkan permohonan pihak pembelaan.

"Memandangkan pertuduhan dihadapi OKT (orang kena tuduh) amat serius, maka mahkamah membenarkan satu penangguhan," katanya.

Peguam Charan Singh yang mewakili kelima-lima terduduh sebelum itu memohon untuk menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara agar semua keterangan-keterangan yang dikemukakan dikaji semula.

"Mohon diberikan satu lagi peluang jika tiada bantahan daripada mahkamah dan pihak pendakwa raya," katanya.

C Sathis, 29; adiknya, Kartik Krishnan, 24 bersama tiga lagi lelaki, J Jaya Ganesh, 25; A Arjun, 26, dan V Sivabalan, 24; didakwa mencapai niat bersama membunuh Chung Thian Keong, 54.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tepi sungai berhampiran Kampung Baru Chenderong, Jalan Tanjung Tualang dalam daerah Batu Gajah antara jam lebih kurang 7 malam 17 Mei 2018 hingga 7 pagi 18 Mei 2018.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mandatori gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Saifulakmal Mod Said.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!