Black Hawk terhempas di lebuh raya, 2 kru terbunuh

Helikopter UH-60 yang difahamkan sedang menjalani misi latihan itu terhempas di barat laut Huntsville di sepanjang Lebuhraya Alabama 53. - Foto Reuters
Helikopter UH-60 yang difahamkan sedang menjalani misi latihan itu terhempas di barat laut Huntsville di sepanjang Lebuhraya Alabama 53. - Foto Reuters
A
A
A

MONTGOMERY - Sebuah helikopter Black Hawk terhempas di lebuh raya Alabama, mengorbankan kesemua mangsa di dalamnya.

Menurut jurucakap Pejabat Sheriff Madison County, helikopter milik Pengawal Kebangsaan Tennessee itu terhempas sekitar jam 3.30 petang waktu tempatan dan terbakar.

"Tiada mangsa yang terselamat," kata penyiasat Brent Patterson yang mengesahkan kematian dua kru pesawat tersebut.

Helikopter UH-60 yang difahamkan sedang menjalani misi latihan itu terhempas di barat laut Huntsville di sepanjang Lebuhraya Alabama 53.

Kepulan asap hitam dilihat dari lokasi nahas manakala pelbagai kenderaan kecemasan dilihat bergegas ke tempat kejadian.

Punca nahas kini dalam siasatan. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!