Nik Suryani tawar diri tanding Exco Wanita UMNO

Nik Suryani ketika menyerahkan borang pencalonan jawatan Exco Wanita UMNO pada Isnin lalu. - Foto Facebook Nik Suryani
Nik Suryani ketika menyerahkan borang pencalonan jawatan Exco Wanita UMNO pada Isnin lalu. - Foto Facebook Nik Suryani
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Bekas personaliti TV3, Nik Suryani Megat Deraman menawarkan diri bertanding jawatan Exco Wanita UMNO dalam pemilihan UMNO 2023 tidak lama lagi.

Nik Suryani yang merupakan ahli UMNO Cawangan Kubang Kepong, Marang telah menyerahkan borang pencalonan jawatan tersebut di Auditorium Menara Dato' Onn pada jam 4.30 petang, Isnin lalu.

Menurutnya, hasrat bertanding jawatan Exco Wanita UMNO mendapat restu daripada suaminya, Saiful Bukhari Azlan, ahli keluarga dan Ketua UMNO Bahagian Marang, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku.

“Hasrat saya menawarkan diri adalah untuk meneruskan kesinambungan perjuangan, pengorbanan dan khidmat bakti Wanita UMNO pada negara sejak sebelum merdeka.

“Selain itu, saya juga mahu berkongsi pengalaman selaku pengamal media dan industri kreatif yang telah saya kecimpung lebih 20 tahun.

“Mudah-mudahan dengan sumbangan kecil saya ini dan juga seluruh ahli UMNO, parti keramat ini akan terus mara, relevan, sebagai wadah membela Agama, bangsa dan tanah air tercinta,” katanya melalui kenyataan dalam Facebook beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!