Seekor lagi harimau kumbang berjaya ditangkap

Seekor lagi harimau kumbang yang yang berjaya ditangkap oleh Perhilitan pada Rabu.
Seekor lagi harimau kumbang yang yang berjaya ditangkap oleh Perhilitan pada Rabu.
A
A
A

PENGKALAN HULU - Seekor lagi harimau kumbang berjaya ditangkap dalam satu operasi oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Kompleks Perikanan Darat Banding di sini pada Rabu.

Perhilitan dalam satu kenyataan memaklumkan tangkapan tersebut susulan operasi yang dilaksanakan pada 11 Januari lalu.

Menurutnya, pemeriksaan fizikal oleh Pegawai Veterinar Jabatan Perhilitan mendapati haiwan liar itu berada dalam keadaan baik dan stabil.

"Harimau kumbang terbabit telah selamat dipindahkan dan dilepaskan ke habitat yang sesuai pada petang hari ini (Khamis) dengan bantuan kakitangan daripada Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC).

"Jabatan Perhilitan menasihati orang ramai yang mempunyai aduan berkaitan hidupan liar agar menyalurkan ke Talian Hotline Jabatan Perhilitan iaitu 1-800-88-5151 atau menghubungi Jabatan Perhilitan yang berhampiran dengan lokasi aduan tersebut," katanya menerusi ciapan di Twitter pada Khamis.

Perhilitan pada 11 Januari lalu berjaya menangkap dan memindahkan seekor harimau kumbang betina ke habitat sesuai oleh NWRC Sungkai susulan operasi yang dijalankan.

Harimau kumbang terbabit memasuki perangkap yang dipasang di dalam Kompleks Perikanan Darat Banding sejak 4 Januari lalu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!