Simposium lahirkan ramai pencinta al-Quran

Antara yang hadir pada Seminar Keagungan Al-Quran Sebagai Solusi Dalam Organisasi dan Keluarga, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur semalam.
Antara yang hadir pada Seminar Keagungan Al-Quran Sebagai Solusi Dalam Organisasi dan Keluarga, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Simposium Keagungan al-Quran anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas ternyata menjadi salah satu platform dalam melahirkan lebih ramai pencinta al-Quran.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Hakimah Mohd Yusoff berkata, penganjuran yang juga mendapat naungan daripada Jakim itu menyaksikan minat masyarakat terhadap Kitab Suci tersebut semakin meningkat.

“Kita lihat dengan penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Antarabangsa yang sedang berlangsung memang terbukti berjaya menarik pelbagai negara menyertai majlis tersebut dan secara tidak langsung menjadi ruang pelbagai institusi melahirkan penghafaz al-Quran.

“Antaranya Rumah Ngaji di bawah Kumpulan Media Karangkraf termasuk program Simposium Keagungan al-Quran yang telah berlangsung selama lima hari.

“Ia juga menjadi tanda minat masyarakat dengan al-Quran sangat tinggi,” katanya dalam ucapan semasa menghadiri Seminar Keagungan al-Quran Sebagai Solusi Dalam Organisasi dan Keluarga di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), semalam.

Hakimah ketika berucap pada majlis tersebut.
Hakimah ketika berucap pada majlis tersebut.

Dalam pada itu, beliau berkata, masyarakat serata dunia perlu ubah karektor ke arah Islami dan membawa al-Quran dalam kehidupan masing-masing.

“Pada hari ini, pihak masyarakat serata dunia dan Malaysia sendiri membaca al-Quran namun tidak dapat manifestasikan al-Quran ini dalam kehidupan kita.

Artikel Berkaitan:

“Justeru kita perlu ubah karektor ke arah Islami dan membawa al-Quran bagi membentuk generasi akan datang,” katanya.

Mengulas mengenai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Antarabangsa pula, beliau berkata, kualiti pembacaan peserta dari pelbagai negara semakin meningkat berbanding ketika awal penganjurannya dahulu.

“Tahun ini majlis tilawah menyaksikan 99 orang peserta daripada 68 buah negara turut sama di mana setiap tahun jumlah penyertaannya semakin bertambah.

“Ternyata sejak dianjurkan 61 tahun lalu, pertambahan itu satu kejayaan yang sangat membanggakan negara terutama kualiti sama ada di peringkat negara dan antarabangsa,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!