Sambut baik elaun sara hidup peneroka RM1,500

Zulkefli Nordin
Zulkefli Nordin
A
A
A

SHAH ALAM - Suara Generasi Baru Felda menyambut baik keputusan kerajaan meneruskan bayaran elaun sara hidup peneroka dengan kadar RM1,500 sebulan berbanding sebelum ini iaitu RM1,000.

Penasihatnya, Datuk Zulkefli Nordin berharap keputusan tersebut kekal dan bukan bersifat sementara.

"Bagi anak-anak peneroka, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan harap ia kekal demi kebaikan peneroka Felda.

"Saya juga berharap, kerajaan sentiasa memahami permasalahan dihadapi peneroka dan mendapatkan maklumat terus dari akar umbi sebelum sesuatu keputusan dibuat," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sementara itu, Zulkefli sekali lagi meminta kerajaan mempertimbangkan pelantikan Ketua Peneroka Kebangsaan dan timbalannya untuk berada dalam Lembaga Pengarah Felda.

"Kita mahu denyut nadi, permasalahan dan kesusahan peneroka di peringkat akar umbi ini sampai terus kepada Felda dengan berkesan.

"Mereka ini akan menjadi jambatan kepada peneroka di bawah dengan pengurusan tinggi di Felda. Dengan kata lain, sebarang keputusan yang akan dibuat melibatkan peneroka, wakil peneroka ada di sana untuk memberikan maklumat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!