'Bumbung, beranda tiba-tiba runtuh'
KUANTAN - Bumbung dan beranda hadapan sebuah kuarters kesihatan Pekan dilaporkan runtuh, jam 2.58 petang, pada Khamis.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, enam pegawai dan anggota bomba ke lokasi sebaik sahaja menerima laporan berhubung kejadian itu.
"Runtuhan itu telah menyebabkan dua kenderaan rosak dan bagaimanapun ia tidak melibatkan kehilangan nyawa," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Beliau menjelaskan pihak bomba seterusnya membuat pemeriksaan di lokasi bagi memastikan keadaan benar-benar selamat sebelum kerja pemindahan dokumen dan barang dikeluarkan oleh penghuni dari dalam kuarters terbabit.
Katanya, operasi seterusnya diserah kepada pihak polis untuk tindakan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!