Presiden Jerman singgah di Pulau Pinang
GEORGETOWN - Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier singgah di Pulau Pinang pada Khamis dalam Lawatan Negara tiga hari ke Malaysia.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan isteri Tan Lean Kee menyambut ketibaan Steinmeier dan isteri Elke Budenbender di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang tengah hari tadi.
"Mewakili kerajaan negeri dan rakyat Pulau Pinang, saya mengalu-alukan kedatangan tuan dan puan yang terutama dan anggota delegasi...” kata Chow dalam hantaran Facebook pada Khamis.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Sayuthi Bakar dan Duta Besar Jerman ke Malaysia, Dr Peter Blomeyer.
Steinmeier yang diiringi delegasi perniagaan singgah di Pulau Pinang yang merupakan lokasi penting perniagaan Malaysia dan industri Jerman bagi melawat pengeluar semikonduktor Infineon dan pakar teknologi B.Braun, selain bertemu pelatih industri mekatronik. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!