Tengku Zafrul angkat sumpah MKT UMNO
SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kota Raja, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilantik sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu pada Khamis.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi ciapan di Twitter.
Menurutnya, Tengku Zafrul yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengangkat sumpah di hadapan Ahli MKT sebelum mesyuarat bermula.
"Mesyuarat MKT UMNO pada 16 Februari 2023 dimulakan dengan YB Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengangkat sumpah sebagai Ahli MKT yang dilantik oleh Presiden UMNO.
"Selamat berkhidmat demi #ABATA, Agama, Bangsa, Tanah Air agar #rakyat #Malaysia maju dan sejahtera atas usaha kita bersama," tulis beliau.
Memetik laporan Astro Awani, kehadiran Tengku Zafrul ke Menara Dato' onn pada Khamis malam menimbulkan tanda tanya kepada petugas media.
Beliau yang memakai baju UMNO tiba pada jam 8.07 malam di lobi menara sebelum bergegas masuk ke lif untuk ke bilik mesyuarat.
Sebelum ini mengesahkan akan bertanding jawatan itu dalam Pemilihan UMNO akan datang.
Menurutnya, hasrat itu bagi membolehkan dirinya bersama pemimpin yang akan dipilih nanti menyumbang khidmat kepada parti khususnya bagi memulihkan UMNO.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!