Jatuh bangun negara ini bermula dari Parlimen

Barisan ahli Dewan Rakyat yang hadir pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua, Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen pada Isnin.
Barisan ahli Dewan Rakyat yang hadir pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua, Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen pada Isnin.
A
A
A

BARU masuk hari kedua Parlimen bersidang, ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang ‘berperang’ antara satu sama lain dengan isu ponteng semasa sesi sidang Dewan Rakyat.

Ia bermula apabila Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung mendakwa tiga pemimpin utama Perikatan Nasional (PN) bersama sekeping gambar tempat duduk pembangkang menerusi hantaran di media sosialnya.

Tindakan itu kemudian dibalas oleh PN yang turut menunjukkan gambar kerusi ahli Parlimen kerajaan juga kosong.

Walau apa pun alasan kedua-dua belah pihak, akhbar amat memandang serius mengenai isu ini dan mahu semua ahli Parlimen menjadi wakil rakyat yang bertanggungjawab.

Sebagai individu yang telah diberikan mandat oleh rakyat, mereka perlu berada di dalam Parlimen pada setiap masa, kecuali jika ada hal-hal penting yang tidak dapat dielakkan.

Jatuh bangun negara kini terletak dalam tangan ahli-ahli Parlimen dan kegagalan mereka untuk mengambil bahagian dalam mesyuarat tertinggi negara itu adalah sesuatu yang amat malang serta memalukan.

Ingat kembali pada tahun 2009, apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Datuk Seri Najib Tun Razak hampir tewas dalam satu usul di Parlimen apabila ramai Yang Berhormat daripada parti itu tidak hadir pada sidang Dewan Rakyat. Mujur mereka berjaya mendapat 66 undi menyokong dan 63 lagi menolak usul tersebut.

Pakar-pakar perlembagaan yang membuat ulasan selepas kejadian itu mengatakan kerajaan boleh tumbang kerana ia adalah satu bentuk ketidakpercayaan kepada pentadbiran pada waktu itu.

Kemudian pada tahun lalu, muncul satu senarai ahli-ahli Parlimen yang kerap ponteng sehingga ia dijadikan sebagai satu bahan dalam kempen pilihan raya.

Lebih mengejutkan seorang daripada ahli Parlimen dalam senarai tersebut mengatakan Dewan Rakyat bukanlah seperti sekolah, sebaliknya menjawab beliau ada tugas-tugas lain yang perlu dilakukan.

Justeru, kita semua amat berharap isu ponteng ini perlu lagi timbul pada masa depan, sebaliknya semua ahli Parlimen ini mesti memainkan peranan masing-masing dengan berkesan dan bertanggungjawab.

Walaupun Parlimen bukan sekolah tetapi ia adalah satu institusi paling tinggi dalam negara yang sangat berkuasa untuk menentukan hala tuju negara dan menjaga kesejahteraan rakyat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!