Malaysia naib juara kumpulan, jumpa China di suku akhir

Aaron-Wooi Yik menewaskan Dhruv Kapila-Chirah Shetty, 21-16, 21-10. - Foto BAM
Aaron-Wooi Yik menewaskan Dhruv Kapila-Chirah Shetty, 21-16, 21-10. - Foto BAM
A
A
A

PASUKAN negara mengakhiri saingan Kumpulan B Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BAMTC) 2023 dengan status naib johan selepas tewas 1-4 kepada India dalam perlawanan terakhir di Pusat Pameran Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Khamis.

Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia membuka gelanggang cemerlang pada set pertama apabila menang 21-18 ke atas HS Prannoy.

Namun pemain nombor sembilan dunia itu kemudiannya bangkit mengetepikan Zii Jia, 21-13, 25-23 di dua set terakhir.

Kemenangan Prannoy memberi lebih keyakinan kepada juara dunia perseorangan wanita 2019, Pusarla V Sindhu yang mudah menundukkan pemain muda negara, Wong Ling Ching, 21-13, 21-17.

Pasukan negara kembali ceria apabila juara dunia, beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menewaskan Dhruv Kapila-Chirah Shetty, 21-16, 21-10.

Malaysia akan berdepan pasukan pilihan China manakala India berdepan Hong Kong di pentas suku akhir.
Malaysia akan berdepan pasukan pilihan China manakala India berdepan Hong Kong di pentas suku akhir.

Bagaimanapun, Treesa Jolly-Gayatri Gopichand Pullela yang menduduki ranking ke-19 dunia, muncul wira India selepas mengejutkan beregu wanita utama negara yang juga beregu nombor lima dunia, Pearly Tan-M Thinaah, 23-21, 21-15, sekali gus menobatkan India juara kumpulan.

Beregu campuran nombor 26 dunia, Ishaan Bhatnagar-Tanisha Crasto melengkapkan kemenangan India dengan meraih mata keempat, biarpun berdepan tentangan hebat gandingan meningkat naik negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, 21-19, 19-21, 21-16.

Sementara itu, Kazakhstan menduduki tempat ketiga Kumpulan B selepas mengalahkan tuan rumah UAE, 3-2.

Malaysia akan berdepan pasukan pilihan China manakala India berdepan Hong Kong di pentas suku akhir.

Korea Selatan akan berdepan Indonesia manakala Thailand menanti Jepun.

Untuk rekod, empat pasukan terbaik layak secara automatik untuk Piala Sudirman.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!