PM solat Jumaat di Masjid Taman Putra Perdana
SEPANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat di Masjid Taman Putra Perdana di sini.
Anwar bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan bersama lebih 2,000 jemaah usai Perdana Menteri menjamu selera di Medan Selera Taman Putra Perdana.
Anwar turut mendengar khutbah bertajuk ‘Israk Mikraj: Amanah dan Tanggungjawab Solat’ yang disampaikan Imam masjid Muhammad Syazwan Hilmi.
Selepas menunaikan solat Jumaat yang diimamkan Muhammad Syazwan, Perdana Menteri meluangkan masa bersalaman dan beramah mesra dengan para jemaah. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!