Pengesahan Fitch Ratings baik untuk negara - Ahmad Maslan

Ahmad Maslan (Gambar kecil: Hantaran Facebook Ahmad Maslan pada Jumaat.)
Ahmad Maslan (Gambar kecil: Hantaran Facebook Ahmad Maslan pada Jumaat.)
A
A
A

SHAH ALAM - Pengesahan Fitch Ratings ke atas penarafan kredit berdaulat Malaysia pada BBB dengan tinjauan stabil bagi tahun 2023 disifatkan baik untuk negara.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia penting untuk pembangunan ekonomi negara.

"Selain daripada analisa pelbagai indikator ekonomi, terpenting ialah nota tentang politik.

"Kita yakin politik negara terus stabil hingga akhir penggal bila sokongan dua pertiga di Parlimen telah diperoleh," katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Jumaat.

Menurut Fitch, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka menyederhana kepada 4.0 peratus pada 2023 dan 4.8 peratus pada 2024 berbanding pertumbuhan KDNK yang memberangsangkan sebanyak 8.7 peratus pada 2022 ekoran kelonggaran sekatan Covid-19 dan usaha berterusan kerajaan dalam melaksanakan langkah-langkah pemulihan dan sokongan ke arah pertumbuhan ekonomi yang pesat dan meluas.

Agensi penarafan itu juga menjangkakan sektor perkhidmatan sektor terus dirangsang oleh permintaan domestik yang berdaya tahan, inflasi yang terkawal dan pemulihan dalam sektor berkaitan pelancongan ekoran pembukaan semula China.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!