Tular pelajar tahun akhir rosakkan peralatan sekolah
KUALA LUMPUR - Tular di media sosial rakaman video sekumpulan pelajar lelaki merosakkan harta benda sekolah, pada Sabtu.
Beberapa video berdurasi 28 saat dan 58 saat itu turut mendapat reaksi negatif netizen di media sosial yang menyifatkan tindakan pelajar-pelajar itu tidak mencerminkan didikan yang diajar di sekolah.
Dalam video tersebut turut menulis kapsyen yang mendakwa pelajar-pelajar berkenaan merupakan pelajar tahun akhir di sebuah sekolah di Pulau Pinang.
Semakan Awani mendapati kumpulan pelajar terbabit merosakkan peralatan sekolah seperti kerusi, kipas, pintu tandas malah melakukan vandalisme.
Pihak Awani sedang cuba mendapatkan pihak berwajib untuk mengulas mengenai insiden tersebut. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!