'Kenaikan gaji tak wajar disekat'

Ameer Ali - Foto fail/Awani
Ameer Ali - Foto fail/Awani
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gaji pekerja tak wajar ditekan kenaikannya dan menjadikan Malaysia negara penghasilan kos rendah demi untuk menarik pelaburan luar mengambil kesempatan ke atas kita.

Tegas Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin, ia adalah kesilapan kerajaan selama ini yang menyebabkan kuasa membeli rakyat tidak seiring dengan kenaikan kos sara hidup.

Katanya, tunduk kepada desakan syarikat multinasional (MNC) yang mahu mengurangkan perbelanjaan mereka menyebabkan rakyat sendiri yang menanggung deritanya.

“Saya terus terang, yang jahat ini sebetulnya MNC sebab mereka nak kita jadi negara penghasilan kos rendah. Ia melampaui logik.

“Saya fikir setahun kita naik (gaji) RM100 atau RM200 pun kita boleh kejar lagi, tapi janganlah pula kerajaan buat secara mengejut,” katanya dalam program Dialog Poket Rakyat pada Jumaat.

Katanya, kita wajar contohi Singapura dalam hal ini di mana kerajaannya mengumumkan lebih awal perancangan meningkatkan gaji minimum di negara itu.

Dengan itu, jelas beliau, pihak majikan boleh membuat penyelasaran operasi dan produktiviti sebelum ia dilaksanakan supaya tidak terkejut dan menyebabkan gangguan kepada perusahaan masing-masing. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!