Segera salur info jenayah siber kepada pihak berkuasa

Zulkarnain (kiri) ketika Forum Jelajah Anti Scam Kebangsaan 2023 di Menara Digi Celcom di sini pada Sabtu.
Zulkarnain (kiri) ketika Forum Jelajah Anti Scam Kebangsaan 2023 di Menara Digi Celcom di sini pada Sabtu.
A
A
A

PETALING JAYA - Pengguna memainkan peranan penting dalam menyalurkan info berkaitan jenayah siber kepada pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk memudahkan tindakan diambil.

Ketua Pegawai Kawal Selia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Zulkarnain Mohd Yasin berkata, tindakan pantas dalam menangani soal jenayah siber ini dapat dijalankan setelah maklumat dan info lengkap diperolehi.

"Masyarakat memainkan peranan penting bersama agensi berwajib, pelbagai platform disediakan misalnya portal sebenarnya.my dan juga pelbagai saluran lain.

"Setelah maklumat diperoleh, kita boleh jalankan tindakan pantas dengan menjalankan serbuan di lokasi atau premis dinyatakan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Forum Jelajah Anti Scam Kebangsaan 2023 di Menara Digi Celcom di sini pada Sabtu.

Menurutnya, elemen ketaksuban juga harus dikawal terutamanya melibatkan sebarang perkara yang tidak dipastikan kesahihan.

"Elakkan berkongsi sesuatu perkara yang secara jelas belum dipastikan kesahihannya terlebih dahulu semata-mata kerana kita yakin dan percaya bahawa apa yang dikongsi itu benar walhal sebaliknya.

"Jangan sesekali memberi ruang kepada sindiket penipuan dengan tindakan yang kita ambil, elemen kebertanggungjawaban itu harus dipupuk bagi mengelakkan ada mereka yang menjadi mangsa," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!