Sedia jumpa penerbit filem Pulau
18 Februari 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
Kerajaan Negeri Terengganu sedia bertemu penerbit filem Pulau bagi mendengar rayuan dan hujah yang akan dikemukakan berikutan keputusan pengharaman filem itu dari ditayangkan di negeri tersebut, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya terbuka dan bersedia untuk bertemu penerbit filem tersebut serta menilai hujah yang akan dikemukakan.
Filem Pulau yang mengisahkan pengembaraan sekumpulan anak muda ke sebuah pulau mencetuskan kontroversi selepas trailer filem itu ditayangkan sejak sebulan lalu manakala filem dijadualkan ditayangkan di seluruh negara mulai 9 Mac ini.
Arikel: https://bit.ly/3KiPul7
Muzik: www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian