Gempa bumi Turkiye: Tiga diselamatkan selepas 296 jam

Tiga mangsa, termasuk seorang kanak-kanak masih hidup di bawah runtuhan pangsapuri selepas 296 jam gempa bumi kuat melanda Turkiye. - Foto Bernama
Tiga mangsa, termasuk seorang kanak-kanak masih hidup di bawah runtuhan pangsapuri selepas 296 jam gempa bumi kuat melanda Turkiye. - Foto Bernama
A
A
A

ISTANBUL - Pasukan penyelamat di Turkiye menemukan tiga mangsa, termasuk seorang kanak-kanak masih hidup di bawah runtuhan pangsapuri selepas 296 jam gempa bumi kuat melanda negara itu, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Rakaman oleh penyiar tempatan TRT memaparkan pasukan penyelamat mengusung seorang lelaki dan seorang wanita.

Sementara itu, pasukan perubatan dilihat sedang merawat seorang kanak-kanak.

Tiada maklumat lanjut mengenai mangsa berkenaan, dan laporan mengenai operasi menyelamat di daerah Antakya wilayah Hatay itu belum dapat disahkan.

Lebih 40,000 anggota penyelamat tempatan dan asing meneruskan usaha mencari dan menyelamat di seluruh tenggara Turkiye, menurut pihak berkuasa bencana AFAD pada Jumaat.

Jumlah mangsa yang terbunuh akibat gempa bumi 6 Februari lalu meningkat kepada 39,672 orang pada Jumaat. - Bernama


Sumbangan untuk Tabung #BantuanBencana Sinar Karangkraf x Syria Care boleh dibuat melalui pautan ini: https://info.sinarharian.com.my/tabung-bantuanbencana-sinar-karangkraf-x-syria-care/

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!