Syor insurans mampu milik untuk belia
SHAH ALAM - Kerajaan disaran menyediakan perlindungan takaful atau insurans mampu milik serendah RM50 kepada golongan belia berumur 18 hingga 25 tahun khususnya yang kurang berkemampuan.
Langkah itu perlu kerana ramai anak muda ketika ini tidak memiliki insurans, sekali gus terdedah risiko sekiranya berlaku kemalangan yang menyebabkan mereka terpaksa mengeluarkan wang sendiri yang banyak untuk perubatan atau hilang upaya kekal dan tidak mampu bekerja.
Ahli Parlimen Belia Kelantan, Ahmad Farhan Rosli berkata, perkara tersebut juga perlu dimasukkan ke dalam Belanjawan 2023 yang bakal dibentangkan pada Jumaat ini.
Baca berita selanjutnya menerusi Sinar Premium.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!