Longgokan al-Quran ditemui dalam longkang
SELAYANG - Longgokan al-Quran ditemui dalam longkang berhampiran kawasan lombong Taman Sri Murni berhampiran Pasar Borong Selayang di sini.
Kejadian itu tular menerusi rakaman video berdurasi 1 minit 39 saat di media sosial pada pagi Ahad.
Menerusi video berkenaan, perakam menunjukkan anak lelakinya berada di dalam longkang untuk mengutip al-Quran yang dibuang itu.
"Manusia akhir zaman, tak tahu siapa punya kerja yang buang al-Quran dalam longkang. Moga ALLAH SWT berikan bala kepada pelaku," katanya menerusi video tersebut.
Tidak kurang 10 naskah al-Quran dikutip yang sebahagian daripadanya dalam keadaan baik walaupun telah basah.
Sementara itu, polis Gombak memaklumkan pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian tersebut setakat ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!