Syed Ali bermalam dengan baby syurga
Menerusi perkongsian di akaun media sosial, Syed Ali Tar Mohd atau Syed Ali, 33, menyeru warganet untuk bersama-sama mendoakan kesihatan bayi bernama Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin.
“Bermalam dengan baby Syurga. Adik comel saya baby Ainul Mardhiah. Sayangnya pada dia, dia comel.
“Adik kakak abang-abang tolong doakan Ainul ya. Ainul sayang awak semua.
“Bersama kita berdoa kepada ALLAH SWT supaya baby Ainul sentiasa sihat dan ceria seperti sedia kala,” luahnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!