Lagi tikus dijumpai di restoran makanan segera

Seekor tikus dilihat berkeliaran di atas meja, dipercayai dalam bilik yang menyimpan stok barangan di sebuah restoran makanan segera di Cheras Selatan, Selangor.
Seekor tikus dilihat berkeliaran di atas meja, dipercayai dalam bilik yang menyimpan stok barangan di sebuah restoran makanan segera di Cheras Selatan, Selangor.
A
A
A

SHAH ALAM - Belum reda kes tikus ‘sambut’ pelanggan di kaunter pandu lalu di sebuah restoran makanan segera awal bulan ini, kes yang sama dilaporkan berlaku lagi di Cheras Selatan.

Menerusi satu perkongsian video berdurasi 36 saat yang kini tular di media sosial, seekor tikus berkeliaran di atas meja, dipercayai di bahagian simpanan stok barangan.

Difahamkan, kejadian berlaku di sebuah restoran makanan segera di Cheras Selatan.

Video itu turut mendapat perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berjanji akan mengambil tindakan segera.

Seekor tikus dilihat berkeliaran di atas meja, dipercayai dalam bilik yang menyimpan stok barangan di sebuah restoran makanan segera di Cheras Selatan, Selangor.
Seekor tikus dilihat berkeliaran di atas meja, dipercayai dalam bilik yang menyimpan stok barangan di sebuah restoran makanan segera di Cheras Selatan, Selangor.

“Kami akan buat tindakan lanjut dengan secepat mungkin. Tikus lagi,” ciap admin Twitter KKM.

Pada 11 Februari lalu, Sinar Harian melaporkan sebuah restoran makanan segera di Kota Kemuning, di sini, diarah tutup selama 14 hari sehingga 21 Februari setelah seekor tikus dilihat berada di kaunter pandu lalunya.

Notis arahan penutupan premis itu dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang yang turun ke lokasi selepas video itu tular di media sosial.

Tindakan dan arahan penutupan itu diambil mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983 kerana premis terbabit didapati tidak bersih, sekali gus berkemungkinan akan mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang ramai.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!