Pengalaman Ruji sumbang kepada prestasi KDN
PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berharap pengalaman Ketua Setiausaha Kementerian (KSU), Datuk Ruji Ubi akan menyumbang kepada prestasi KDN yang terbaik.
Menerusi hantaran di laman Facebook pada Isnin, Saifuddin berkata, Ruji sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) di Kementerian Pertahanan.
"Selamat menjalankan tugas Datuk, banyak kerja yang menanti kita di hadapan," katanya.
Menerusi hantaran berbeza, Saifuddin turut merakamkan penghargaan kepada bekas KSU KDN, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan yang kini bertugas sebagai Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.
"Beliau banyak membantu memudahkan urusan saya dari awal memimpin kementerian ini dan saya senang bekerjasama dengannya.
Pengalaman dan ketokohan Wan Ahmad Insya-ALLAH akan memberi nilai tambah kepada jabatan yang beliau ketuai," kata Saifuddin.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!