Lori terundur langgar enam kenderaan

Sebuah lori membawa muatan batu kasar melanggar enam kenderaan lain selepas terundur ketika mendaki Bukit di KM16 Jalan Jerantut -Kuala Lipis dekat Bukit Atap pada Isnin dipercayai masalah enjin. - Foto ihsan PDRM

A
A
A

JERANTUT - Sebuah lori membawa muatan batu kasar dipercayai mengalami masalah enjin melanggar enam kenderaan lain di Kilometer (KM) 16 Jalan Jerantut- Kuala Lipis, dekat Bukit Atap pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 pagi itu, enam kenderaan lain terlibat iaitu kereta jenis Proton Saga FLX, dua Toyota Vios, Proton Saga,Perodua Myvi dan Honda.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Mazlan Hassan memberitahu, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa pemandu lori membawa muatan tersebut menghala ke Kuala Lipis.

"Apabila tiba di tempat kejadian, ketika lori itu sedang mendaki jalan berbukit, tiba-tiba enjin kenderaan tersebut hilang kuasa dan terundur sebelum melanggar enam kenderaan lain yang berada di belakang.

"Akibatnya, kenderaan terbabit mengalami pelbagai kerosakan namun tidak melibatkan sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dalam kemalangan melibatkan tujuh buah kenderaan di lokasi kejadian. - Foto ihsan PDRM
Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dalam kemalangan melibatkan tujuh buah kenderaan di lokasi kejadian. - Foto ihsan PDRM

Katanya, saksi kejadian akan dipanggil bagi membantu siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Peraturan 17 LN 166/59.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!