Pekerja kedai makan ditemui tergantung
PORT DICKSON - Seorang pekerja kedai makan ditemui mati tergantung di hadapan rumahnya pagi semalam dekat Taman PD Suria, Port Dickson.
Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Mohd Faisal Mohd Noor berkata, dalam kejadian 6.05 pagi itu,lelaki berusia 34 tahun itu ditemui tergantung menggunakan kain yang diikat pada besi atap rumah.
“Berdasarkan siasatan awal, polis tidak menemui sebarang unsur jenayah di lokasi dan badannya.
"Dia dipercayai membunuh diri kerana berdepan masalah keluarga.
"Mayat lelaki itu telah dihantar ke Hospital Port Dickson (HPD) untuk bedah siasat," katanya ketika mengesahkan laporan.
Katanya, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!