Rafizi akan maklumkan perkembangan, perancangan ekonomi esok
SHAH ALAM - Satu sesi perjumpaan bulanan yang diatur oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bersama warga kementeriannya akan diadakan pada jam 8 pagi esok.
Rafizi menerusi Twitter miliknya berkata, ia adalah bagi memaklumkan tentang perkembangan terkini dan perancangan beliau bersama Kementerian Ekonomi pada sesi berkenaan.
"Oleh itu, saya menjemput sahabat-sahabat untuk ikuti secara langsung di platform media sosial bagi mengetahui perkembangan terkini dan perancangan lanjut saya,” ujarnya pada Isnin.
Sesi perjumpaan yang akan berlangsung di Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya itu akan disiarkan secara langsung di laman Facebook beliau dan Kementerian Ekonomi.
Sesi perjumpaan bulanan bersama Kementerian Ekonomi akan diteruskan seperti biasa (21 Februari 2023) jam 8:00 pagi di Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya.
— Rafizi Ramli (@rafiziramli) February 20, 2023
Sesi tersebut akan di siarkan secara langsung di laman Facebook saya dan juga Kementerian Ekonomi. pic.twitter.com/ep0jOvUYzu
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!