Karnival Rio kembali gamatkan Brazil

Kostum unik yang dihasilkan wakil Grande Rio Samba School.
Kostum unik yang dihasilkan wakil Grande Rio Samba School.
A
A
A

RIO DE JANEIRO - Perarakan karnival popular kembali memeriahkan Rio de Janeiro pada Ahad dengan tarian samba mengikut alunan gendang dan muzik selepas festival edisi penuh pertama itu diadakan semula sejak pandemik Covid-19 melanda dunia.

Karnival terbesar di dunia yang bermula sejak Jumaat lalu itu kembali menggamatkan 'sambadrome' yang menjadi lokasi utama penganjurannya.

Kereta berhias berbentuk ikan paus dihasilkan Unidos da Tijuca Samba School antara yang menjadi tarikan festival itu.
Kereta berhias berbentuk ikan paus dihasilkan Unidos da Tijuca Samba School antara yang menjadi tarikan festival itu.

"Meraikan semula karnival selepas pandemik adalah gambaran kebebasan dan kegirangan yang sukar diungkapkan. Ia diadakan selepas kemelut politik melanda Brazil dan waktu sukar yang terpaksa dilalui penduduk negara ini sejak lebih dua tahun lalu.

"Acara seperti ini membawa harapan baharu untuk tahun akan datang," kata Debora Soares, 25, yang turut menyertai perarakan tersebut dengan mengenakan kostum unik.

Wakil Imperio Serrano Samba School membuat persembahan di Sambadrome Marques de Sapucai.
Wakil Imperio Serrano Samba School membuat persembahan di Sambadrome Marques de Sapucai.

Difahamkan, bandar pantai ikonik itu terpaksa membatalkan karnival itu pada 2021 kerana wabak Covid-19 selain melarang penganjuran parti jalanan epik dikenali sebagai 'blocos' dan menangguhkan acara perarakan itu selama dua bulan susulan lonjakan Covid-19 yang telah meragut hampir 700,000 nyawa di Brasilia.

Karnival itu turut dimeriahkan dengan perarakan kereta berhias.
Karnival itu turut dimeriahkan dengan perarakan kereta berhias.

Kini, festival berskala penuh itu kembali diadakan dan turut menarik kunjungan pelancong asing.

"Kegembiraan semua peserta dan pengunjung berganda kerana ia juga menandakan berakhirnya pentadbiran bekas Presiden Jair Bolsonaro dan simbol kehidupan baharu setelah berdepan dengan ancaman wabak Covid-19," ujar Amanda Olivia, 34, yang mewakili Samba School Mangueira yang terkenal.

Wakil Mocidade Independente de Padre Miguel Samba School mengadakan persembahan pada malam pertama acara itu yang bermula sejak Jumaat lalu.
Wakil Mocidade Independente de Padre Miguel Samba School mengadakan persembahan pada malam pertama acara itu yang bermula sejak Jumaat lalu.

Sekolah samba merupakan kebanggaan favelas (penduduk setinggan) di Rio yang telah membuat persediaan menghasilkan kostum dan kereta berhias menarik untuk perarakan tersebut.

Sebanyak 12 sekolah samba terbaik di bandar berkenaan bersaing untuk merebut gelaran juara acara berprestij itu yang berlangsung selama lima hari. - AFP

Sebanyak 12 sekolah samba terbaik di bandar berkenaan bersaing untuk merebut gelaran juara.
Sebanyak 12 sekolah samba terbaik di bandar berkenaan bersaing untuk merebut gelaran juara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!