Mat Yo terkejut Safee Sali umum bersara

Norshahrul Idlan Talaha.
Norshahrul Idlan Talaha.
A
A
A

BEKAS penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha, mengakui berasa terkejut dengan pengumuman persaraan bekas rakan sepasukannya, Safee Sali, semalam.

Pemain yang mesra disapa Mat Yo itu, bagaimanapun, menghormati keputusan penyerang legenda negara itu dan mendoakan yang terbaik buatnya.

"Saya agak terkejut dengan persaraan Safee Sali kerana saya juga baru mengetahuinya," katanya kepada Astro Arena.

"Tetapi saya hormati keputusannya, mungkin dia mempunyai sasarannya selepas ini.

"Saya doakan Safee Sali dapat meneruskan kerjaya atau apa yang diimpikannya selepas ini," katanya.

Ditanya mengenai momen terbaiknya bersama Safee, Mat Yo berkata:

"Piala AFF 2010.

"Saya rasa semua penyokong tahu mengenai momen itu. Setiap kali penyokong berjumpa saya atau Safee, mereka pasti akan ingat momen itu."

Sebagai rekod, Matyo dan Safee merupakan gandingan penyerang ketika Malaysia menjuarai Piala AFF 2010, di mana Safee turut dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Kasut Emas selaku penjaring terbanyak dengan lima gol. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!