Lada terima RM10j skim tanaman baharu
KUCHING - Kerajaan Persekutuan menerusi Lembaga Lada Malaysia (MPB), telah meluluskan sebanyak RM10 juta bagi pelaksanaan Skim Tanaman Baharu Lada di seluruh negara tahun depan.
Pengerusi MPB Larry Sng Wei Shien berkata pekebun kecil merupakan nadi dalam rantaian pengeluaran lada negara dan kerajaan komited membela nasib mereka dengan meneruskan bantuan berbentuk input pertanian, peralatan ladang, latihan dan khidmat nasihat di bawah skim seperti tersebut.
"Oleh itu, para pegawai (MPB) yang terlibat dalam pemberian bantuan hendaklah memulakan tugas mulai sekarang memaklumkan para pekebun berminat supaya mendapatkan borang permohonan dan penerangan lanjut berkaitan bantuan tersebut.
"Sebagai warga kerja MPB, anda memegang amanah dan bertanggungjawab memastikan segala dasar-dasar dan inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan dapat dilaksanakan sebaiknya bagi menjayakan agenda transformasi negara," katanya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2017 dan sanbutan pra-Krismas MPB di sini, malam tadi.
Seramai 28 pegawai dan kakitangan MPB menerima APC itu manakala 11 orang lagi menerima Anugerah Perkhidmatan Setia (APS) pada majlis berkenaan. - Bernama
TNB komited pastikan bekalan elektrik terjamin, berterusan menerusi pelaksanaan RP4
Hukuman sebat: Suhakam tidak wajar pertikai kuasa negeri
Saifuddin kongsi inisiatif bela nasib anggota beruniform
Sudah merdeka 67 tahun, masih ada kekurangan penguasaan bahasa kebangsaan - DBP
Hilang 17 hari, Cikgu Nur Nazalishah ditemui di Teluk Intan
'Bendera China pada replika roket gergasi di Tangkak cetus kebimbangan'
Dua beranak maut: Isteri sempat mohon maaf sebelum kereta terbalik
Buaya mati dilanggar SUV di lebuh raya